Assalamualaikum,
1/9/10 Alhamdulillah...sempat ke kuliah pengajian pagi di Masjid dekat rumah. Pengajian berkisar bab Puasa di bulan Ramadhan. Diantara yang dapat di catatkan adalah pengertian/konteks Puasa mengikut ilmu Tasauf.
Terdapat 3 jenis puasa di katagorikan oleh ahli-ahli/ilmu Tasauf:
1- Puasa Roh
2- Puasa Anggota
3- Puasa Akal
1- Puasa Roh
Puasa Roh bermula dengan niat, berpuasa dengan ilmu (wajib berilmu) dan memendekkan urusan dunia & memanjangkan urusan akhirat.
2- Puasa Anggota/Jasad
Puasa anggota/jasad adalah menahan makan minum & berjimak pada siang hari
3- Puasa Akal
Puasa akal adalah melawan godaan hawa nafsu.
Berpuasa, diantara manfaat/kelebihaan orang yang berpuasa serta ganjaran dari Allah:-
1- Puasa dari makan/minum sedangkan amalah ibadat tidak dilakukan.
Ia dinamakan puasa adat yang tidak beroleh apa-apa ganjaran melainkan lapar & dahaga sahaja.
2- Puasa dari perkara haram
Maka berpuasa seseorang itu akan mendekati kepada rahmat Allah.
3- Puasa dari perbuatan maksiat.
Berpuasa seseorang itu akan mendapat redha dari Allah
4- Puasa menahan diri dari keburukan dan berbuka dengan ketaatan & taubat kepada Allah.
Berpuasa seseorang itu akan mendapat ketaatan dari Allah.
5- Puasa dari berdusta / mengumpat dan berbuka dengan Kalam Allah.
Berpuasa seseorang itu akan beroleh ilmu dari Allah dan ia bijaksana. "Ilmu tidak akan sampai pada orang yang berdusta/mengumpat".
6- Berpuasa dari kemungkaran dan berbuka dengan fikiran hal berkaitan Islam serta kisah iktibal dari Allah.
Berpuasa seseorang itu akan beroleh kebahagian dari Allah.
7- Berpuasa dari riak dan takabur dan berbuka dengan tawadhuk/ikhlas kepada Allah.
Berpuasa seseorang itu akan beroleh keselamatan dari Allah.
8- Berpuasa dari nafsu
(tak sempat catat)
9- Berpuasa dari keburukan dirinya dan berbuka dengan ingatan akan kematian.
Maka ia seseorang yang zuhur.
ini saja yang sempat di catatkan, walaupun tak selengkap seperti penyampaian Ustaz dengan huraian berlandaskan ayat Al Quran, tetapi berkongsi ilmu yang manfaat adalah sesuatu yang mengembirakan.
Wallahuaalam...Yang benar dariNya, yang menyampai sekadar termampu.
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment