Assalamualaikum.....
Diam tak diam dah masuk hari ke 20 kita berpuasa, bermakna tinggal 10 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, dan 10 hari jugalah Ramadhan akan meninggal kita. Ramadhan akan meninggal kita sepertimana Ramadhan yang lepas meninggal kita..apakah Ramadhan bagi kita sebenarnya..adakah Ramadhan tahun ini sama seperti mana Ramadhan 10,20,30 ataupun 40 tahun lepas....? atau apakah Ramadhan tahun ini bakal menbuka lembaran baru dalam hidup kita? masih belum terlewat untuk kita merebut ganjaran yang dijanjiNya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan..Mohon lah kepada Nya agar di beri kekuatan iman untuk kita beramal di bulan Ramadhan ini....InshaAllah semuga kekuatan yang di beri di samping kesihatan yang baik dapatlah kita memanjat syukur serta beramal pada malam 10 terakhir Ramadhan ini.
Tazkiran subuh pagi tadi Ustaz memberi tips untuk mencantikkan ibadah kita:
1-Berilmu sebelum beramal ibadah
2-Berniat sebelum beramal ibadah
3-Bersabar ketika beramal ibadah
4-Ikhlas sebelum & selepas beramal ibadah.
Tips yang mudah tetapi perlu di gilap selalu kerana semua bergantung kepada 'hati' kita..
Wallahhuallam..Yang baik dariNya, yang menyampai sekadar termampu..
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Kali ke 53 Tahun..
No comments:
Post a Comment