Monday, July 26, 2010

207- Rare Collection-RADO MANHATTAN (SOLD)

Manhattan merupakan satu model berbentuk empat segi keluaran Rado sekitar tahun 1960an. Daripada hampir 200 (atau lebih) model Rado hanya Manhattan saja berbentuk 'square', menunjukkan pasaran jam 'square' adalah minimum. Model Manhattan ini disasarkan kepada pasaran Eropah & Amerika, mungkin sesuai dengan saiz tangan orang disana. Namun begitu kebelakangan ini, trend dikalangan peminat jam lebih gemar mengayakan jam tangan bersaiz besar tak kira bulat ataupun empat segi..yang pasti jam bersaiz besar & bulat lebih ramai peminat berbanding jam 'square'.. Jesteru bagi peminat jam 'square' pilihan yang minimum ini menjadikan mereka sentiasa menanti akan keluaran jam berbentuk 'square'....


Manhattan adalah jawapanya....


Rado Manhattan


Cutting square yang menarik

Catatan dail: Simbol & nama logo Rado-Day & Date pada jam 3- Manhattan & Swiss Made pada dasar dail.
Marker timbul tampil menunjukkan 'gah'
Dail original(terdapat sedikit patina)

Gagah....mungkin itulah maksud marker Manhattan ini seperti bangunan-bangunan di bandar Manhattan USA..mungkin kott...

Cermin berbentuk dome, cutting yang cantik & crown ori Rado

Cermin original Rado (Simbol logo Rado)

Back case solid stainless steel kelihatan seperti bintang

Kondisi yang sempurna daripada Rado Manhattan..
Diantara model yang paling sukar di temui di Malaysia....

Jenama: Rado
Model: Manhattan
Buatan: Swiss
Tahun: 1960an
Kemasan casing: Solid stainless steel
Warna dail: Dark brown
Band: Stainless steel
Pergerakan: Automatik
Cermin: Arcylic - Original Rado
Tanda jenama: Dail, claps, crown, back case, cermin & enjin
Ukuran: 37mm(termasuk crown) x 41mm(lug-lug)
Catatan: Kondisi yang sempurna(enjin, dail & cutting shape yang bersih & cantik) Pergerakan lancar sempurna serta menepati masa.
Ditawarkan pada harga Rm800.00
SOLD

No comments:

Post a Comment