Thursday, September 2, 2010

Erti Puasa????

Assalamualaikum,

1/9/10 Alhamdulillah...sempat ke kuliah pengajian pagi di Masjid dekat rumah. Pengajian berkisar bab Puasa di bulan Ramadhan. Diantara yang dapat di catatkan adalah pengertian/konteks Puasa mengikut ilmu Tasauf.

Terdapat 3 jenis puasa di katagorikan oleh ahli-ahli/ilmu Tasauf:

1- Puasa Roh
2- Puasa Anggota
3- Puasa Akal

1- Puasa Roh
Puasa Roh bermula dengan niat, berpuasa dengan ilmu (wajib berilmu) dan memendekkan urusan dunia & memanjangkan urusan akhirat.

2- Puasa Anggota/Jasad
Puasa anggota/jasad adalah menahan makan minum & berjimak pada siang hari

3- Puasa Akal
Puasa akal adalah melawan godaan hawa nafsu.



Berpuasa, diantara manfaat/kelebihaan orang yang berpuasa serta ganjaran dari Allah:-

1- Puasa dari makan/minum sedangkan amalah ibadat tidak dilakukan.
Ia dinamakan puasa adat yang tidak beroleh apa-apa ganjaran melainkan lapar & dahaga sahaja.


2- Puasa dari perkara haram
Maka berpuasa seseorang itu akan mendekati kepada rahmat Allah.

3- Puasa dari perbuatan maksiat.
Berpuasa seseorang itu akan mendapat redha dari Allah

4- Puasa menahan diri dari keburukan dan berbuka dengan ketaatan & taubat kepada Allah.
Berpuasa seseorang itu akan mendapat ketaatan dari Allah.

5- Puasa dari berdusta / mengumpat dan berbuka dengan Kalam Allah.
Berpuasa seseorang itu akan beroleh ilmu dari Allah dan ia bijaksana. "Ilmu tidak akan sampai pada orang yang berdusta/mengumpat".

6- Berpuasa dari kemungkaran dan berbuka dengan fikiran hal berkaitan Islam serta kisah iktibal dari Allah.
Berpuasa seseorang itu akan beroleh kebahagian dari Allah.

7- Berpuasa dari riak dan takabur dan berbuka dengan tawadhuk/ikhlas kepada Allah.
Berpuasa seseorang itu akan beroleh keselamatan dari Allah.

8- Berpuasa dari nafsu
(tak sempat catat)

9- Berpuasa dari keburukan dirinya dan berbuka dengan ingatan akan kematian.
Maka ia seseorang yang zuhur.

ini saja yang sempat di catatkan, walaupun tak selengkap seperti penyampaian Ustaz dengan huraian berlandaskan ayat Al Quran, tetapi berkongsi ilmu yang manfaat adalah sesuatu yang mengembirakan.

Wallahuaalam...Yang benar dariNya, yang menyampai sekadar termampu.

Assalamualaikum...

Tuesday, August 31, 2010

Rebutlah sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Assalamualaikum.....

Diam tak diam dah masuk hari ke 20 kita berpuasa, bermakna tinggal 10 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, dan 10 hari jugalah Ramadhan akan meninggal kita. Ramadhan akan meninggal kita sepertimana Ramadhan yang lepas meninggal kita..apakah Ramadhan bagi kita sebenarnya..adakah Ramadhan tahun ini sama seperti mana Ramadhan 10,20,30 ataupun 40 tahun lepas....? atau apakah Ramadhan tahun ini bakal menbuka lembaran baru dalam hidup kita? masih belum terlewat untuk kita merebut ganjaran yang dijanjiNya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan..Mohon lah kepada Nya agar di beri kekuatan iman untuk kita beramal di bulan Ramadhan ini....InshaAllah semuga kekuatan yang di beri di samping kesihatan yang baik dapatlah kita memanjat syukur serta beramal pada malam 10 terakhir Ramadhan ini.

Tazkiran subuh pagi tadi Ustaz memberi tips untuk mencantikkan ibadah kita:

1-Berilmu sebelum beramal ibadah
2-Berniat sebelum beramal ibadah
3-Bersabar ketika beramal ibadah
4-Ikhlas sebelum & selepas beramal ibadah.

Tips yang mudah tetapi perlu di gilap selalu kerana semua bergantung kepada 'hati' kita..

Wallahhuallam..Yang baik dariNya, yang menyampai sekadar termampu..

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Kali ke 53 Tahun..

Thursday, August 19, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum sahabat jam & pengunjung blog 'jam kampung'.

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa. Selamat beramal & semoga amalan kita akan mendapat 'barakah' dariNya.
Pastikan setiap amalan di bulan Ramadhan ini sebagai amalan 'Ibadat' bukan nya amalan 'Adat'. Rebutlah pakej tawaran dariNya, bukan tawaran istimewa dari pasaraya yang sekitar denganya. Semoga kita sama-sama beroleh ganjaran dariNya......

jamkampung..

Sunday, August 8, 2010

214- Vintage ZODIAC Hermatic(SOLD)


Zodiac Hermatic

Cutting jam yang cantik

Catatan dail: Simbol & nama logo Zodiac - Hermatic - Date pada jam 3
Gold tone color dail, marker & hand


Gold plated yang masih cantik

Casing serial no:13050671

Catatan casing: Plaque G20 (SAD)

Catatan back case: Simol & nama logo Zodiac - Antimagnetic - Water Resistant - Shock Resistant - Swiss made & 'ikan marlin'


Catatan enjin: Seventeen 17jewels - Zodiac Ltd - 7212

Enjin lama Zodiac yang masih berfungsi sempurna




Jenama: Zodiac
Model: Hermatic
Buatan: Swiss
Company of: Montres Zodiac S.A
Tahun: 1960an
Enjin: Cal 721-2
Kemasan casing: Gold plated 20m
Warna Dail: Gold tone color
Cermin: Arcylic
Pergerakan: Manual
Jewels: 17j
Tanda jenama: Dail, back case & enjin
Ukuran: 35mm(termasuk crown) x 41mm(lug-lug)
Catatan: Kondisi sempurna(dail & enjin bersih) pergerakan lancar sempurna serta menepati masa
Ditawarkan pada harga Rm350.00
Buyer: Tuan Zuklifly. Negeri Sembilan

213- Vintage MOERIS Skyrider (SOLD)


Moeris Skyrider

Pearl dail masih original & cantik walaupun terdapat sedikit 'patina' pada dail

Catatan dail: Simbol & nama logo Moeris - Skyrider - Automatic - Incabloc - date pada jam 3 & Swiss Made pada dasar dail

Stainless steel casing & semple cutting

Catatan back case: Simbol logo Moeris - Automatic - Waterproof - Stainless Steel & No:4632589

Enjin bersih, cantik & berfungsi sempurna

Catatan enjin: Moeris - 25 Jewels - Swiss

Tali kulit bercorak 'sisik ular' yang menarik




Jenama: Moeris
Model: Skyrider
Buatan: Swiss
Tahun: 1960-70an
Kemasan casing: Stainless steel
Warna dail: Pearl (Putih Mutiara)
Tali: Kulit bercorak sisik ular
Jewels: 25 j
Pergerakan: Automatik
Cermin: Arcylic
Ukuran: 37mm(termasuk crown) x 42mm(lug-lug)
Kondisi & pergerakan sempurna


Ditawarkan pada harga Rm420.00
Buyer: Mr Lee. Sg Petani.

212- Vintage RADO VOYAGER TWO (SOLD)


Rado Voyager Two yang jarang di temui

Casing & dail keemasan

Kelainan dari semua model Voyager

Two layer marker dail. Gold tone color dail. Original dail.
Catatan dail: Jenama Rado pada jam 9, Voyager Two pada jam 3 & day & date pada jam 6 serta Swiss Made pada dasar dail

Crown asli

Back case stainless steel

Catatan inner back case

Enjin Rado 25 jewels masih bersih & berfungsi sempurna

Catatan enjin: Swiss-R-2798-1-602- RADO-25Jewels



Jenama: Rado
Model: Voyager Two
Buatan: Swiss
Company of: Rado Watch.Co. Swiss
Enjin: Cal 2798
Tahun: 1960-70an
Kemasan casing: Gold plated
Pergerakan: Automatik
Jewels: 25 j
Cermin: Arcylic
Warna dail: Gold tone
Tali: Kulit baru
Tanda jenama: dail, crown, back case, inner back case & enjin
Ukuran: 38mm(termasuk crown) x 38mm(lug-lug)
Catatan: Kondisi sempurna( dail & enjin bersih) pergerakan lancar sempurna serta menepati masa.
Ditawarkan pada harga Rm350.00
Buyer: Pakcik Mat. Butterworth
Offer Rm300.00

Thursday, August 5, 2010

209- Seiko Wall Clock with Day & Date (SOLD)







Day & date berfungsi sempurna

Pendulum stainless steel & kunci Seiko original

Back case kayu masih asli berserta label Seiko



Jenama: Seiko
Buatan: Seiko. Japan
Tahun: 1980an
Kemasan: Kayu
Power reserve: 5 -6 hari
Ukuran: 25.5cm x 42cm x 10cm
Catatan: Kondisi yang sempurna (dail, cermin, casing & pendulum yang masih asli) pergerakan lancar sempurna.
Ditawarkan pada harga Rm350.00
Buyer: Tuan Haji Omar. Cheras. K. Lumpur